// Chalkboard Stories

Bonjour!

Mood : Capek sudah - -'
Status : Nak beli earphone :(


HomeAboutStuff


Tagboard

Welcome to my little stalkers. Drop nice words here. Sorry if I didn't reply it back. 

br>

Visit dem'



Title : Dear Honey, I really Love You[!]

'' satu tulang rusuk suami adalah untuk isterinya '' Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangatnya yang muncuul dihati saya ketika saya bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mula berasa letih..lelah, alasan alasan yang mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa rindukan belaian kasih sayang dari orang tuanya. Tetapi, semua itu tidah pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahka semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Satu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. '' Mengapa ? '' Dia bertanya dengan nada terkejut. '' Siti letih, Abang tidak pernah mencuba menberikan cinta yang saya inginkan '' . Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah olah sedang mengejarkan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapt mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. '' Apa yang Abang boleh lakukan untuk menhubah fikiran Siti? '' Saya termenung matanya dalam dalam dan menjawab dengan perlahan. '' Siti ada 1 soalan, kalaw Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga yang cantik yang ada ditebing gunung dan kita tahu jika Abang memanjat gunung gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang akan Abang lakukan untuk Siti ? '' Dia termenung dan akhirnya berkata, Abang akan memberikan jawapan itu esok. '' Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu yang hangat yang bertuliskan . .'' Sayangku, Abang tidak akn mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya . '' Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. '' Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis didepan monitor,Abang harus memberikan jari jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut . '' Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika Siti pulang. '' siti suka jalan jala di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat tempat yang baru Siti kujungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa mu pulang kerumah. '' Siti selalu sengal badan sewaktu ' teman baik ' Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki yang sengal itu . '' Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risaw Siti akan menjadi ' pelik ' . Dan Abang harus membelikan sesuatu agar dapat menghiburkan Siti dirumah ataw meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal hal kelakar yang Abang alami. '' Siti selalu menatap komputer, membaca buku itu dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntinkan kukumu dan memandikanmu . '' Tangan Abang akan memegang Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna warni bunga yang bersinar dan indah seperti cantinya wajahmu . '' Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir manangisi kematian Abang . '' Sayangku, Abang tahu ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu . '' Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki dan mata Abang tidak cukup lagi bagi Siti. Abang tidak akan menahan Sayang untuk mencari tangan, kaki da mata yang lain yang dapt membahagiakan Siti . '' Airmata saya jatuh keatas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. '' Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti . '' Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan Abang masuk untuk mengambil barang barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu lagi. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia. '' Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang tertutup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa cinta dia tidak dapat memberikan cinta dalam ' kewujudan ' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ' kewujudan ' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Probably its time for you to pick up yout phone and say ' Dear Honey, I Love You So Much !