// Chalkboard Stories

Bonjour!

Mood : Capek sudah - -'
Status : Nak beli earphone :(


HomeAboutStuff


Tagboard

Welcome to my little stalkers. Drop nice words here. Sorry if I didn't reply it back. 

br>

Visit dem'




Kawan Atau Kekasih [?]
Sahabat hanya kawan sahaja dan cukup banyak kalau nak di cari tetapi kekasih itu hanya satu sahaja dalam seumur hidup kalau nak cari keluarga yang bahagia memang susah kerana seorang kekasih tak mungkin atau sanggup memberi layanan atau pertalian yang begitu iklas dan jujur sehingga akhirat nanti.


Islam Adalah Cara Hidup :'D
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagaimana Bercinta Cara Islam [?]
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Masyarakat Sudah Lari. Apa itu [?]
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,

Konsep Meminang.
"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."
Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain.
Bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??


Source From : www.iluvislam.com :'D
Thankyou.

# Entah apa lahh yang dimimpinya kan? Cerita pasal kahwin2 bagai pulak :'D
Ha? Sebabnye, kan sekarang ramai orang yang mungkin dah tersesat atau terpesong dari Agama Islam. So, buat pengetahuan awal anda semua, Atirah telah postt hal2 keagamaan :'D